Subject: Feedback Cikgu untuk "Arduino Learning Guide for Beginner"

Hi Friend,

Kami mendapat banyak feedback daripada cikgu-cikgu mengatakan mereka menghadapi masalah dalam memahami subjek Arduino walaupun sudah cuba mengikuti video tutorial dan learning guide yang terdapat dalam internet.

Diantara sebab utama kegagalan tersebut adalah, kebanyakan tutorial-tutorial dan dokumen-dokumen dibangunkan oleh engineer-engineer atau pun orang-orang teknikal yang mahir dalam aturcara dan elektronik.

Oleh yang demikian, baru-baru ini Cytron menyediakan satu set Arduino Learning Guide baharu (PDF: http://bit.ly/2AhBUdB) yang dibangunkan oleh seorang non-technical staff. Dokument tersebut menjelaskan fungsi aturcara dan elektronik daripada tahap seorang pelajar sekolah menengah. Dokumen tersebut juga disusun supaya setiap project dipecahkan kepada langkah-langkah yang mudah diikuti dan difahami. Cikgu boleh muat turun dokumen tersebut di sini.

Kalau Cikgu ada apa-apa feedback atau komen, harap Cikgu boleh kongsi dengan kami supaya kami boleh menambahbaikan dokumen ini dan menfaatkan semua pihak.

Ribuan terima kasih!

Regards,
C.Y.Phang