Subject: Ini cerita saya ...

Apa khabar di hari Sabtu ni? Harap tenang
dan aman :)

Masa tulis email ni saya sedang
tunggu flight nak balik ke Perlis.
Mahal tiket hari ni. Mungkin
sebab beli ‘adhoc’ kot. Tak
pun sebab cuti tahun baru cina.

[ABAIKAN TYPO DALAM
EMAIL INI YA]


Biasa balik dalam RM70 - RM100
ja. Hari ni RM214 tiket. Jalan
ja!

Sebenarnya semalam dah tengok
tiket agak mahal, saya terus
hantar satu email jualan
kepada salah satu segmen
subscriber saya.

KACHING ~

Hari ni semak email, transaksi
masuk ke akaun BILLPLZ. Opss
tak la terasa sangat beli tiket
yang tak masuk dalam
‘planned expenses’ :)

… yang pastinya email semalam dihantar
kepada subscriber kecik dalam
“DISEMBER 2017 + segmen X’

bukan segmen di mana anda berada.

Masa anda belum sampai untuk saya
email dan ‘minta duit’. Ahahhaha!

.

Email ni sebenarnya saya tulis
sesambil tunggu pintu J10 klia2
ke Alor Setar ni dibuka. Santai2 ja.

Apa yang saya nak cerita sebenarnya
adalah kemampuan “MONEY ON DEMAND”
bila kita ada list/subscriber.

Nampak macam susah. Ramai
orang kata susuh. Saya pun kata
susah jugan 9 tahun lepas.

Tapi kalau dah faham ‘mechanics
dalam email marketing, serius ianya
akan jadikan anda sentiasa senyum
bila sampai masanya :)

Eh belajarlah bagaimana nak
kumpul list dan monetize list
itu.

Belajar dari siapa-siapa pun. Tak
semestinya daripada saya. yang penting
anda kuasai dan mula buat.

Jangan belajar pastu simpan ja :)

Salah satu key yang orang tak perasan
bila ada list ni, kita akan ada rakan-rakan
untuk sembang.

.. macam saya sekarang tengah sembang
dengan anda!

Belajar lah ya!

Doakan perjalanan saya kejap lagi
dipermudahkan dan selamat. Sebenarnya
saya nak melawat mak saya yang
dimasukkan ke hospital semalam.
Paru-paru berair. Doakan beliau juga
ya :)


Muaz 'agak ensem' Hadi

p/s email ni tak ada link produk
untuk dijual. Hanya nak sembang
dan tenangkan hati saya ja. Terima
kasih mendengar hati saya :)


.