Subject: [Email 3/5] Senarai TOOL percuma anda boleh guna

STARTER tool untuk kumpul list
MORNING Friend! Amacam hari ni? Cool?

Banyak pula feedback dari email sebelum ini. Ada yang antaranya sebut;

"dah pernah buat FREEMIUM, tapi tak ramai yang download pun.."

Semak semula 2 parameter yang saya bagi dalam email semalam. Ianya penentu FREEMIUM anda ramai orang download ke tak;

>> mengikut keperluan prospek. Selesai masalah dia (impian, harapan, halangan, kesukaran)

>> diiklankan kepada prospek yang tepat (sampai kepada ideal prospek anda)


Pastikan apa yang anda buat tu betul-betul FREEMIUM. Semak email sebelum ni ya.

Mungkin FREEMIUM anda akan jadi berbeza lepas anda follow step dan parameter yang dikongsikan semalam :)


----

"macam mana nak korek maklumat prospek?"


Jawapannya..

... TANYA! ...

Tanya mereka apa yang mereka nak. Apa yang mereka takut. Apa mimpi mereka. Apa mereka nak capai tahun ni.

TIPS!

Semak Fesbook, blog, forum yang ada orang sembang mengenai tajuk anda. Lihat apa luahan mereka. Itu GOLDEN POINT nya. Kaji dan korek semaksimum mungkin.

.
.
.
Itu respon ringkas kepada 2 soalan yang ramai tanya. Soalan yang spesifik saya dah reply melalui email. Semak ya untuk yang bertanya :)
FOLLOW 6 STEP STARTER untuk kumpul list. Saya kecilkan skop dengan bagi tool-tool percuma yang anda boleh terus guna
- ENJOY! -
Ok sekarang saya 'assume' anda dah siap kaji Ideal Prospek anda. Dah tahu apa apa impian & harapan, halangan & kesukaran mereka.

Daripada maklumat itu;

STEP #1: Bina FREEMIUM anda


Ada macam-macam medium untuk FREEMIUM anda. Anda boleh buat salah satu daripada ini;

>> ebook
>> audio
>> video
>> kupon
>> sample
>> trial version
>> newsletter

-----------
TOOLS STEP 1
-----------

Untuk buat ebook anda kena ada
- microsoft word
- PDF Converter (CutePDF, doPDF)
- file compressor (winrar, winzip)



STEP #2: Design eCover

Buat sikit design eCover atau muka depan FREEMIUM anda. Jadi ianya lebih menarik orang untuk muatturun.

Afdholnya upah grafik designer. Tapi anda juga boleh guna tool percuma

-----------
TOOLS STEP 2
-----------

Online grafik creator & editor
- Canva
https://www.canva.com/create/book-covers/

- GIMP
https://www.gimp.org/

- myEcoverMaker
https://www.myecovermaker.com/



STEP #3: Bina landing page

Ok sekarang FREEMIUM dah siap. Kita kena buat satu page untuk kita cerita apa bendanya FREEMIUM tu. Apa masalah yang kita nak selesaikan, apa impian yang kita nak bantu diaorang capai.

Buat penulisan ringkas dengan komponen asas ni;

>> headline + sub-headline
>> intro
>> 3-5 point benefit apa yang diaorang akan dapat dalam FREEMIUM tu
>> Call to action. Ayat arahan minta diaorang masukkan email untuk anda hantarkan FREEMIUM terus kepada mereka.

-----------
TOOLS STEP 3
-----------
Untuk buat landing page yang percuma anda boleh try;

- Google je landing page template untuk BLOGSPOT

- Google Docs
https://docs.google.com

- fanpage tab landing page
https://woobox.com/customtab

Kalau ada duit lebih boleh guna software page builder seperti 1minutesite.com, Leadpages.net, clickfunnels.com

Atau guna plugin WORDPRESS seperti Instabuilder, ProfitBuilder.



STEP #4: Pasang borang

Dah siap landing page, masukkan borang untuk prospek isi NAMA dan EMAIL mereka. Jadi anda boleh hantarkan FREEMIUM ke email mereka :)

-----------
TOOLS STEP 4
-----------

Untuk permulaan anda boleh guna sistem borang versi percuma JotForm;

- https://www.jotform.com/

Kalau ada modal, terus guna sistem autoresponder. Borang dah siap dan boleh automasikan delivery link FREEMIUM anda. Antara sistem autoresponder yang bagus;

- https://www.gresponsive.com/


STEP #5: Upload FREEMIUM

Untuk memudahkan edaran, upload FREEMIUM ke hosting anda. Jadi nanti terus bagi link tu ja untuk diaorang download. Ni kira medium untuk mudahkan anda edar dan mereka download

-----------
TOOLS STEP 5
-----------
Kalau anda tak ada hosting sendiri, boleh buat satu akaun percuma untuk upload freemium anda. Antara yang anda boleh guna (pilih free account);

- https://www.dropbox.com

- https://www.mediafire.com/


Bila dah siap upload, anda akan dapat 'link panjang' untuk bagi pada prospek anda. PENDEKKAN link tu supaya nampak lebih pro. Guna URL shortener;

- https://goo.gl/

- https://bitly.com/




STEP #6: Promosi!

Sekarang anda dah siap landing page yang dah ada borang. Promosi lah! Jangan lah mengharapkan tetiba ada orang datang kalau kita tak bagitau orang kewujudan FREEMIUM kita tuh.

Mulakan dengan;

- posting di FB, FB page, FB Group
- posting di IG
- whatsapp member2,
- PM kawan2


Ada modal dan nak cepat, terus guna FB Ads / Google Ads

.
.

Alamak terlebih panjang pulak email ni. Eloknya anda print untuk rujukan dan checklist anda.

Dapat sesuatu tak? Tak susah pun. Saya bantu mudahkan anda dengan 6 STEP ni. Follow dah buat satu-satu.

BUAT SAMPAI JADI!

Ni kira langkah asas untuk anda kumpul database anda.

Email esok saya akan kongsikan mengenai sistem autoresponder. Sistem mana yang sesuai untuk anda. Daripada sistem 'murah' kepada sistem 'mahal'. Saya akan kongsikan supaya anda boleh buat pilihan ikut keperluan anda.

Sebenarnya ada banyak 'penipuan' dalam pricing sistem autoresponder. ESOK lah kita cerita!

Eh jangan lupa REPLY email ni kalau anda dapat sesuatu dari email ini :)


Muaz Hadi
emailLab.my

p/s Kalau ada soalan, boleh terus tanya. Saya baca semua email :)
EmailLab.my, Persiaran Diplomatik, Precint 15, 62050 Putrajaya, Malaysia
You may unsubscribe or change your contact details at any time.