Subject: [Email 2/5] Skip MANTRA ni, database anda ke'laut'

Cara hasilkan LEAD MAGNET yang 'digilai'
Ok ini bahagian paling penting dalam email marketing. bahagian nak pastikan anda dapat LIST EMAIL yang tepat dan mudah ditukarkan kepada duit :)

Kita kumpul dan urus email tujuan utama untuk DUIT. Tapi nak sampai kepada duit tu akan hadir lah tujuan-tujuan lain yang lebih murni macam nak bina hubungan, bagi value etc.

... yang tu nanti kita cerita lain.
KEY nak dapat LIST EMAIL yang tepat adalah 'LEAD MAGNET' atau 'FREEMIUM' yang kita hasilkan dengan tepat. Memenuhi keperluan 'psikografi' prospek
- Muaz Hadi -
Semalam Tuan Azzam Mustofa balas email dan tanya..

"mcm mana nak buat freemium yang ada value?"

Ok ni #checklist ringkas macam mana nak jadikan ianya valueble;

  • tanya diri anda sendiri. Kalau orang lain hasilkan freemium macam anda tu, sanggup tak anda beli?
  • freemium anda buat tu diperlukan ke tak? Ke anda buat syok sendiri ja? Ada prospek anda minta?
.
.

Dua point ni ja tanda aras ringkas nak tau freemium anda tu ramai yang akan download ke tak. Kalau 2 benda ni tak lepas, anggap ja kita 'FAILED' :(
.
.
.
Ok meh saya kongsikan KEY POINT ni. Anda kena tahu, 'valuable' ni subjektif. Mungkin ianya valuable bagi Muaz Hadi tapi tak valuable untuk Gero Azrul.

FREE ACCESS gymnisium contohnya, valuable bagi kaki gym mcm Gero Azrul tapi untuk Muaz Hadi
ianya 'biasa-biasa' ja sebab dia bukan kaki gym
(tapi 'ensem' wehh)
.
.
.
Jadi menjawab soalan Tuan Azzam, freemium tu mesti dihasilkan;

>> mengikut keperluan prospek
>> diiklankan kepada prospek yang tepat



Sebab tu datangnya ilmu 'Customer Avatar' atau bahasa mudahnya "Ideal customer". Siapa pelanggan ideal anda.

Tahu apa impian dan harapan mereka, apa halangan dan kesukaran mereka. Selami keperluan mereka.

Jadi FREEMIUM anda akan bantu mereka
>> capai impian
>> penuhi harapan
>> lepas halangan
>> selesai kesukaran

Contoh Muaz Hadi ada projek marketing dengan Neelofa selama 6 bulan. Beliau berIMPIAN nak kurus dan ada six pack dengan HARAPAN bila kurus + six pack beliau akan menjadi pengubat hati Neelofa. Biar mengisi kekosongan Neelofa. Biar Neelofa lupa Patah Amin, ingat Muaz Hadi ja.

Dalam kes ini, jika anda buat ebook/video "Capai Badan Six Pack dalam masa 4 bulan", ianya akan;

>> Sangat valuable kepada Muaz Hadi
>> Kurang valuable kepada Gero Azrul yang dah ada sixpack
.
.
.
Nampak tak? Buat sesuatu yang sangat-sangat diperlukan oleh prospek anda. Kena buat sedikit HOMEWORK untuk kaji apa keperluan mereka (impian|harapan & masalah|kesukaran)

Ini mantranya. Flow yang betul. Fahami gambar ini.


Sesuatu yang percuma akan jadi FREEMIUM dan digilai jika;
>> mengikut keperluan prospek. Selesai masalah dia
>> diiklankan kepada prospek yang tepat


.. tapi akan jadi FREE-SAMPAH jika;
>> buat ikut syok sendiri
>> diberikan kepada sesiapa saja (rambang)



=======
HOMEWORK
=======

Kenal pospek anda. Kaji 4 benda ni (psikografi);

>> impian & harapan
>> halngan & kesukaran


Dalam 'Customer Avatar' ada pecahan lain lagi. Tapi untuk komponen nak hasilkan FREEMIUM, komponen PSIKOGRAFI ini yang perlu kita selesaikan dengan mendalam.
.
.
.
Inilah STEP #1 yang kita skip semalam sebab emosional :p


REPLY email ini jika anda belajar sesuatu dari 'email panjang' hari ini. Nak tau juga ada manfaat ke tak. Ke saya syok sendiri?



Muaz Hadi

emailLab.my


p/s Email esok kita masuk bab TOOL pulak. Saya akan bagi link resources yang anda boleh guna secara PERCUMA ja. Tunggu email esok ya! Lambat tinggal :p


EmailLab.my, Persiaran Diplomatik, Precint 15, 62050 Putrajaya, Malaysia
You may unsubscribe or change your contact details at any time.