Subject: [Email 1/5] Freemium ke free-sampah? Najis?

Email ini panjang. Ditulis dengan emosi 'sedih + marah'
Saya rasa saya perlu buat satu SIRI KHAS email untuk 'betulkan' semula salah faham dan guide anda cara betul mula dengan email marketing.

Jadi ini adalah email 1 daripada 5 email yang akan anda dapat minggu ini. Hopefully, lepas tamat 5 email ini, anda akan jadi 'email marketer TULEN' dan dah mula kumpul list!
.
.

Ada yang kata..

"alaa.. lapuk la teknik bagi benda free, pastu minta org bagi email untuk dapat benda free tu"

"ada lagi ke orang nak bagi email sebab nak download something?"

"banyak je software boleh extract email, tak yah nak buat landing page bagai.."


.
.
.

Saya tak kata salah. Semua betul. by perception semua betul. Tapi cuba tengok ni;

>> tujuan anda dapat email nak menjual ke nak simpan pastu cakap database aku besar daaa

>> anda lebih senang beli dari orang yang anda kenal atau daripada orang yang anda memang tak pernah kenal?

>> orang hantar email promo produk tapi anda tak tau macam mana dia dapat email anda. Anda buat apa? Layan ke 'bo layan'?

>> anda teringin nak holiday di Jepun dengan bajet RM3,000. Tetiba ada orang share maklumat "cara holiday di Jepun dengan bajet kurang RM2,000". Masukkan email untuk download maklumat ini. ANDA SANGGUP tak bagi email untuk download?

>> anda nak kawen tapi duit tak cukup lagi RM7,000. Tetiba ada orang share ebook percuma "Cara jana RM7,500 dalam masa 21 hari untuk Orang Bujang". ANDA SANGGUP tak bagi email untuk download?

>> anda nak buat pinjaman beli rumah, sekali sangkut sebab kena blacklist dengan PTPTN. Tetiba ada orang share video percuma "7 langkah nak keluarkan nama dari BLACKLIST PTPTN". Masukkan email untuk download maklumat ini. ANDA SANGGUP tak bagi email untuk download?

.
.
.

Opss! Kalau tak nampak lagi tak tau lah. Saya cuma nak bagitau 3 benda penting ni;

  • email marketing STILL valid


  • orang mudah beli dari orang yang mereka kenal


  • orang SANGGUP bagi email untuk dapatkan sesuatu yang mereka PERLUKAN. Sesuatu yang selesaikan masalah mereka.

Jadi jangan abaikan ilmu "LEAD MAGNET". Ilmu hasilkan sesuatu yang orang sanggup bagi kita email untuk download/akses.

Benda itu dalam #emailLab kita panggil FREEMIUM.

Sesuatu yang PREMIUM tapi kita bagi PERCUMA. Sesuatu yang anda boleh jual tapi anda bagi percuma.


Tapi macam mana nak hasilkan sesuatu yang bernilai tu? nak bagi orang dengan rela hati bagi email kat kita?


Hah, yang tu sebenarnya dah STEP #2. Kita dah langkau STEP #1.

Email ni tulis sebab ada yang dok buat cakap belakang. Komen ikut nafsu. Tak pernah buat, tapi nak hentam ja.

Adoi la. Malas layan sebenarnya. Tapi saya takut anda terpengaruh dengan ayat-ayat negatif 'tak tentu hala' tu.

Jadi elok lah saya share ja benda ni. Moga terbuka minda sikit dan lebih jelas kenapa kena ada 'LEAD MAGNET' untuk mulakan pemasaran email yang berkesan.

Eh dapat sesuatu tak?



Muaz Hadi
emailLab.my

p/s Email esok kita sentuh STEP #1 ya. Kalau tak buat STEP #1 ni, 'LEAD MAGNET' anda tak akan ada nilai FREEMIUM. Dia akan jadi 'FREE-SAMPAH' jer.. jemmm!
EmailLab.my, Persiaran Diplomatik, Precint 15, 62050 Putrajaya, Malaysia
You may unsubscribe or change your contact details at any time.