Subject: 😅 Cakap benda sama je.. BOSAN 😋
Anda menerima email ini kerana
mengikut rekod sistem kami
email friend@example.com pernah
daftar untuk menerima email
dan update daripada Muaz Hadi
sama ada di web, program, apps
Jika anda tak mahu lagi menerima
email, boleh terus klik link
UNSUBSCRIBE di bahagian bawah
email ini.
==========
Baru ni saya berada di Sarawak
bersama program PUIM
untuk bantu usahawan di sana
tingkatkan jualan dari bisnes
sedia ada.
Oleh sebab mereka dah mula
bisnes, saya tanya...
"Ada simpan maklumat pelanggan
tak? Mereka yang pernah
beli produk"
Alhamdulillah, jawapan mereka
ADA!
Saya tanya lagi...
"Ada simpan maklumat mereka
yang minat produk tapi
belum beli?"
OPSS! Tak ada!
Soalan saya berhenti takat
tu ja lah sebab saya rasa
ada sesuatu kena buat!
.
.
.
Ok ok. Rugi macam ni. Sebab
mereka ni dah minat, tapi
kita tak follow-up untuk
bantu mereka membeli.
Ada banyak sebab la kenapa
tak beli. Mungkin;
- tunggu gaji (common)
- nak bincang dengan pasangan
- kurang yakin
- tak berani
- tak nampak keperluan beli
Sebab tu lah kita perlu
maklumat mereka untuk kita
hubungi mereka dan bantu
mereka buat belian. Kena;
- ingat kan mereka
- bagi dateline offer
- tawarkan bonus
- tunjukkan testimoni
- tunjukkan bagaimana produk
anda bagus dan boleh bantu
mereka - tunjukkan bagaimana mereka
akan rugi kalau tak beli
produk - demonstrasi bagaimana
mudahnya guna produk - demo bagaimana produk ni
boleh selesaikan masalah
mereka dengan cepat
.... macam-macam lah lagi.
Jentik emosi "Pedih Luka",
Main emosi "Stangi-18",
Hentak emosi "Terpaksa Beli",
KEY nya adalah, anda boleh
hubungi mereka semula. Tak kira
lah email ke, whatsapp ke,
messenger ke.
Saya ni asyik cakap tentang
database je kan.
BOSAN TAK?
Adoi, dah itu salah satu
fundamental dalam bisnes.
Benda yang penting untuk
anda buat jualan PLUS
jualan berulang kali.
Kumpul database, tukar
mereka jadi pembeli.
Ni salah seorang peserta
sesi Sarawak yang lalu.
Alhamdulillah beliau berjaya
buat jualan selepas
tamat kelas.
Beliau baru buat FASA #1
dalam kumpul database;
>> kenalpasti sasaran
>> kumpul database mereka
>> bagi offer pada mereka
Kaching ~ RM3,500
Benda simple. Buat lah :)
Muaz "Gila Database" Hadi
p/s Macam biasa, tak ada apa
nak jual. Just sharing :)