Subject: McDonalds pun takut dengan burger malaysia..

Rak Krocs Gentar Dengan Perniagaan Burger Di Malaysia..

Pada tahun 2004, ketika itu saya masih menuntut di Universiti Teknologi MARA Shah Alam, saya telah membaca satu artikel mengenai McDonald’s. Artikel tersebut telah ditulis pada tahun 1995 oleh Ray Crocs iaitu pemilik rangkaian perniagaan McDonald’s pada waktu itu. 

Dalam artikel berkenaan Ray Crocs menyatakan bahawa walaupun McDonald’s telah menjadi gergasi perniagaan burger di dunia, McDonald’s sebenarnya masih tewas kepada dua perniagaan burger. Satu dari Jepun dan satu dari Malaysia.

Burger apakah yang hebat sangat dari Malaysia itu? Terlalu hebat sehingga berjaya menakutkan McDonald’s. Burger yang dimaksudkan ialah burger Ramly. 

Menurut Ray Crocs beliau pernah datang ke Malaysia dan beliau agak khuatir jika strategi perniagaan burger Ramly yang mempunyai stall burger kecil-kecilan di tepi jalan merebak ke Amerika. 

Mungkin anda masih kurang faham. Saya ringkaskan. Jika mengambil contoh di Shah Alam ketika itu, McDonald’s hanya mempunyai 3 cawangan restoran sahaja. Berbanding dengan jumlah stall-stall burger tepi jalan yang ada di Shah Alam ketika itu adalah beratus-ratus bilangannya. Data dari Majlis Bandaraya Shah Alam menyatakan terdapat hampir 800 stall burger berdaftar di Shah Alam ketika itu. Jadi 3 lawan 800 siapa yang menang?

Menurut Ray Crocs lagi McDonald juga bercita-cita untuk menjual burger di tepi jalan namun mereka tidak mampu. Ini kerana tidak ada orang yang mahu beli burger McDonald jika dijual di tepi jalan. 

Daripada cerita di atas cukup jelas bahawa bisnes burger di Malaysia sememangnya berpotensi besar. Terlalu besar sehingga mampu menggoyang McDonald’s yang mempunyai 30,000 cawangan restoran di seluruh dunia. 

Namun, harus diakui kebanyakkan bisnes burger di tepi jalan sangat lemah dari aspek kualiti produk dan pengurusan bisnes dan ini harus diperbaiki jika kita benar-benar ingin berjihad melalui cara ini.

Sudah tiba masanya peniaga-peniga di tepi jalan menaiktaraf kualiti perniagaan mereka. Inilah antara jihad yang boleh kita lakukan. Jika mahu disuruh berjihad di medan perang seperti di Gaza, sudah pastinya kita tidak mampu. Jadi, berjihadlah dengan cara yang kita mampu, iaitu menerusi perniagaan.

Pada waktu ini, ramai pengguna yang sudah sedar dan menyertai kempen boikot terhadap McDonalds, dalam waktu yang sama, ramai pengguna yang sedang tercari-cari alternatif kepada burger McDonalds. 

Hasil boikot mcd
Hasil tinjauan dan sembang-sembang saya dengan peniaga burger jalanan, hasil jualan mereka semakin baik dan bertambah sejak kebelakangan ini. Jadi, usah lepaskan peluang ini..

Apa yang perlu anda lakukan kini... tingkatkan kualiti dan pengurusan bisnes burger anda. Insyallah, selain dapat menjana keuntungan yang berganda, ianya juga akan menjadi sumbangan kepada jihad ekonomi umat islam.

Sekian, Wssalam.


Afiq Rusly
www.bisnesburger.com


P/s:- Untuk mengetahui ilmu perniagaan yang betul di dalam menjalankan perniagaan burger. Anda boleh dapatkan ebook tulisan saya di www.bisnesburger.com

Klikjer Publishing (002746251-P), No 23, Jalan 3/64, 43650, Bandar Baru Bangi, Malaysia
You may unsubscribe or change your contact details at any time.